Pages

Prasangka Manusia



Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka...
Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK.. 

❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas 
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud 
❤ Orang makan banyak disangka pelahap 
❤ Orang makan sikit disangka “diet” 
❤ Orang baik disangka buruk 
❤ Orang buruk disangka baik
❤ Orang senyum disangka mengejek 
❤ Orang masam disangka merajuk 
❤ Orang bermuzakarah disangka mengumpat 
❤ Orang diam disangka menyendiri 
❤ Orang menawan disangka pakai susuk 
❤ Orang nampak ceria disangka membela 

Mana tahu.. 
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah 
Mana tahu.. 
••► Yang senyum itu kerana bersedekah 
Mana tahu.. 
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya 
Mana tahu.. 
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 
Mana tahu.. 
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...

0 comments:

Post a Comment

Copyright © zaujahassolihin.blogspot.com